CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

KeTikA dAn KaLiMaT

Mula-mula aku masuk sini memang takot gilerrrr… bangunan pertama aku nampak punyalah tinggi dan ada logo UPM… kecott perot aku, mak ai tingginya asrama aku, ni kalo jatoh ni mahu bersepai gigi… ngeh.. ngeh… dalam keta aku dah tak sedap duduk pasai jap lagi aku kena tinggal cni… shedih tol… tapi aku buat2 cool aje ( dalam hati nak aje suh mak aku duk skali)… masa aku duk pening dapat buku jadual dan kehulur hilir tanya itu ini aku terserempaklah ngan sorang kawan yang aku rasa ala2 aku la ( style budak baru nampak kelam kabut ) ngeh.. ngeh… aku pun bertanya la serba sikit… dan kami pun berpisahlah… dan last sekali aku kena daftar kolej pulak… dalam hati aku masa tu tuhan aje tahu… aku dah fikir malam ni gerenti aku kena reging ngan akak2 senior… kena basuh baju or kasut kot… bukak aje pintu bilik alangkah terkezot babun aku rupanya budak yang aku jumpa tadi rupanya rumate aku… so legalah aku….( tapi aku sempat tanya jugak akak yg sebilik ngan kitorang garang x) ngeh… ngeh… ngeh…
Malam tu berlalu dengan baiknya( konon la aku pun dah tak ingat).. ngeh… ngeh… keesokkan pagi aku bangun awal… tak silap aku, aku mandi kul 5.30 pagi, aku takut tak sempat siap… aku dah tak tahu kelas… dan buku jadual tu pun aku tak reti guna( masa mula2 aku dpt buku jadual tu, aku ingat buku sifir.. jenuh aku belek.. aku teringat buku sifir akak n abang aku yang slalu aku conteng masa aku darjah 2 dulu… heheheheh). Masa tue aku tak ingat hantu ke takut ke pasai aku lagi takut sesat nak ke kelas nanti…

Lepas siap semua aku pun dengan semangat memulakan langkah ke mana pun aku tak tahu… berbekalkan surat tawaran dan buku jadual, aku cuba berdikari… masa tue aku tak kenal sape2… yang aku ingat ada akak dalam bilik aku cakap suh naik bas KPZ,KTP or K5 aje… yang lain jgn naik… aku pun dengan tawakal naiklah bas yang tlah aku pastikan btol…. Gerak aje bas tue aku niatkan kalo sesat pun tak apelah sebab dlm UPM jugak… ITULAH ANTARA KENANGAN TERAWAL AKU KAT SINIH… pengalaman yang tak dapat aku lupakan ialah masa time bulan pose, mase tue aku dalam sem 2 atau 3 la macam tue… kelas bi aku abis dekat2 maghrib…kelas kat fakulti pertanian… da la prut lapo… kebetulan pulak bas tak lalu macam biasa pasai ada konvo, so dia ikut laluan lain, memang kelam kabut la, bas tak lalu2 jugak, da la lec bagi kuar lewat… aku n kawan aku 2 3 orang menunggulah sampailah ada satu bas kolej tapi kolej lain…. Kitorang mintak tumpang… aku tak boleh sebutlah kolej mana… huhuhu… korang tahu tak, pak cik bas tak bg tumpang….aku tahu la dia tak pose…. ( time nie mmg benganglah)… dengan menelan air liur kami berbuka pose… waktu tue memang sedih la… time azan tue kami masih berjalan lagi cari tempat makan… ( nasib baik park view wujud)… dan pulang ke kolej pun kami berjalan…. Sedih gilerrrrr…. Huhu……………… sepanjang aku belajar kat sini subjek yg paling kritikal pernah aku ambil ialah subjek pengantar psikologi….. memang pening kepala…. Bayangkan aku berminggu tak lena tido sebab nak buat persediaan untuk prizen dalam bhs inggeris….. last2 sebab sorg budak dlm kumpuln aku just baca buku teks untk prizen, kitorang kena halau duduk dan didenda untuk buat tajuk lain…. Bayangkan la aku bersengkang mata untuk katam tajuk nie… last2 kena tukar…. Aku menangis aje ari tue…. ( bila kenangkan balik rasa cm kelakar pun ada) ngeh… ngeh…. Ngeh….. tapi memang betul apa yg dikatakan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya….. jika berjayalah prizen kami masa tue, agaknya kami tidak merasa ke rumah anak yatim….. masa permulaan merancang tue, aku rasa cm takut kalau2 aku tak dapat nak sesuaikan diri dengan budak2 yg menghuni di rumah itu….. pelbagai perasaan bercampur aduk… alhamdulillah segala perancangan berjalan baik….. kami disambut dengan baik oleh pengasas serta anak2 yang menjadi penghuni rumah anak yatim itu…. dan amat membanggakan apabila lec yang mengajar subjek pengantar psikologi itu memuji dengan hasil yang kami perolehi sepanjang kajian kami di rumah anak yatim itu…..

Tabiat aku yang semakin menjadi2 semenjak duk cni pulak apa lagi kalau bukan shopping, sejak duk cni, asal tension aje or sedih aje gerenti aku ajak rumate aku( cik b) gi shopping, paling tidak pun aku akan beli satu barang. Bila dapat barang baru, aku jadi semangat dan mudah lupa perkara yang menyakitkan hati atau tekanan ape2. dulu masa aku duk kampung, memang aku paling tak suka shopping, aku akan mengalah untuk tidak beli sangat sebab aku memang tak suka time duk lama pilih barang. Alhamdulillah walaupun duk kampung, tapi mak n abah slalu ajak beli barang yang kami nak. Just pilih aje. Masa tue aku suka kata kat adik2 aku sebab adik2 aku memang hantu shopping sampaikan sanggup gi KLCC semata-mata nak shopping. Sekarang penyakit tue dah berjangkit kat aku. Aku dah tergolong cam pemboros jugaklah. ( plzzz help me untuk ubah sikap buruk ni). Shingga ke hari ini aku dah habiskan duit poket yang mak bagi, jumlahnya dah sampai jumlah duit PTPTN. Agaknya aku kena pandai kawal perasaan dan kikis tabiat tak elok ni.

Ni kisah aku kat kolej pulak la. Aku ni taklah aktif sangat, tapi alhamdulillah still duk kolej sampailah sem akhir. Masa sem pertama aku buat dek aje aktiviti kat kolej, join skit2 aje. Masa sem 2 aku baru tahu yang sesiapa yang meritnya tak banyak, akan dibuang kolej, so menggelabahlah aku, sampaikan gi solat sunat pun aku bawak buku merit ( ish2 nampak sangat tak ikhlas, ngeh,ngeh, ngeh). Aku pun join la semua aktiviti. Untuk stay kolej kitorang kena interview tau. Jenuhlah aku menghapal nama fellow dan staf2 yang terlibat kat kolej ni, lagu kolej pun baru sem dualah aku hapal( baru gelabah cari lirik, huhuh).

Ha aku tak cite lagi pasal kawan2 aku. Geng aku kiranya rumate aku( cik bi), cik na, cik ti, cik sa, cik pia n cik iza. Mesti korang pelik apsal la nama dorang semua ni ada cik di depannya. Sebenarnya akulah punya angkara reka nama itu untuk dorg. Senang nak sebut. Tapi dorang cakap, kalau ikut Kelate( Kelantan), nama cik tue bermaksud pempuan yang kejenya duk kat dapur aje( entahlah betul ke? Ada sape2 leh tolong? Hehehe). Dorang ni memang best, ada aje perangai setiap orang. Ada yang takleh disentuh skit pun gerenti melatah, aku ni walaupun nampak aje pendiam tapi suka nyakat kawan, sebab aku rasa tak lengkap idup kalau tak buat lawak satu hari. Dorang pun dah faham dengan perangai aku. Aku ni suka bermanja ngan kawan2( ngan lelaki dikecualikan, ngeh… ngeh). Aku ni jenis akan baik jika orang baik ngan aku( semua orang kata macam nie kan? Hehehe…

Ha kalau korang nak tahu, aku ada satu lagi tabiat yang baru sem last ni la aku baru dapat kurangkanla skit. Tabiat suka call mak n abah tiap2 hari. Aku ingatkan tabiat ni orang lain pun sama, tapi rupanya aku aje( jangan mare ye pembaca heheheh). Aku akan call mak n abah pagi, tengahari, petang dan malam. Entah la aku rasa cam risau aje kat mak n abah, rasa rindu, dan selalunya menangis aje la kejenya kalau ingatkan kat kampong. Huhuhu…. Sedih… sedih…. Tapi selalunya mak aku kata gini “ kamu ni tak de keje lain ke ira? Asyik call aje… abis kedit…” dan abah aku pulak lagi la “ mak chat, dah2 abah ada keje ni”. Korang tengok betapa menyampahnya mak n abah aku sebab tabiat aku ni… huahuahua… soalan aku standard la, da makan ke? Chat ke? Ha kan da kena…. Hehehe…

Aku lupa nak bagi tahu masa mula2 aku dapat tawaran kos ni. Mula2 aku dapat tahu, aku ingatkan kos ni kira ok la, rupanya bila aku dengar2 la kan, rupanya kos ni la yang paling orang tak pandang. Aku kadang2 rasa terhina. Macam2 dorang berkata. Tapi lama kelamaan aku dah makin mencintai kos yang aku ambil ni. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Aku berpegang pada kata2 tue hingga hari ini. Mungkin Tuhan telah menjanjikan atau telah merancangkan rezeki aku ada dalam bidang nie. Sape tahu kan? Dan aku tak peduli apa yang orang nak hina or ape2…. Yang pasti aku akan lakukan yang terbaik dan sehabis baik, dan berjanji akan membawa seuatu manfaat untuk hidup aku dan family aku, ini adalah buah tangan untuk mak dan abah….

Kenangan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendeta Za’ba pula pertama kali aku sertai masa sem 4…. Masa tue memang semangat sangat nak cari baju… dalam kepala nak cari baju kat Pahang, tapi aku rasa macam tak banyak pilihan aje… last skali aku beli kat The Mall aje… masa mula2 aku beli baju tue sebenarnya aku pun tak berkenan… aku tak minat sangat baju ala2 jubah ni, sebab aku tak boleh bawak perwatakan macam ala2 alim gitu ( tak suka hipokrit)… tapi rumate aku( cik Bi) suka design baju tue… aku pun beli la…. Lepas tue tak tengok2 da… masa pagi nak pegi majlis tue barulah aku tengok balik sebab kena iron la apa la yang patut kan… so, bila aku bukak balik, aku terperasan baju tue cantik la pulok… tau taka pa jadi kat majlis tue?? Semua yang aku jumpa kat majlis tue semua kata baju tue cantik… wah bangga la pulok ( hahaha prasaan ) … aku pun dah dapat simpulkan yang aku memang tak reti tengok cantik atau tak baju yang aku nak cari… kiranya tak pandai memilihlah… nasib baik ada cik Bi… kalau tak aku tak beli dah baju tue…. Heheheh…. Lagi satu bila aku da nak gi malam tue… baru aku terperasan yang aku dah beli 3 kasut semata-mata untuk ke majlis tue…. Aku pun tak perasan… hehehe… sampai sana memang best la( banquet hall UPM) huhuhu… kira besarlah tue pasai itulah first time aku gi diner… hahaha… tapi yang tak syoknya kedua-dua diner nie aku kena naik bas…. ( abg, bila leh pandai bawak sy ni… hahaha… sabar ajelah…)

Ni lagi satu perkara, kenangan pahit aku kat cni… masa mula2 aku duk cni, aku sokmo sakit… kejap2 demam… kejap sakit mata… kejap sakit mulut… aku ingat lagi la masa tue aku sem 1 la kan… satu hari tue tiba2 aje pipi aku jadi bengkak… aku jadi panik la…gigi pun jadi sakit… memang sakit giler… nak baring pun susah apatah lagi nak berdiri( sampai macam tue skali efeknya)… dalam seminggu jugaklah aku menderita… bila gi klinik dia cakap aku nak tumbuh gigi… dia tanya ada aku main2 tak tempat sakit tue… rupa2nya aku duk tonyoh tempat sakit tue yang jadi bengkak tue… malam2 aku asyik nangis aje… sebab sakitnya berdenyut2… jenuh mak n abah aku call… tapi time family aku nak datang tiba2 penyakit tue tiba2 sembuh( saje je tak nak bagi abah na mak dtag latue..ish.. ish… pandai aje nak sabotaj aku…)..

Ni lagi pasal penyakit jugak la… aku dah merasa 2 kali berkeadaan pening yang teramat pening sehinggakan dunia ni aku rasakan berpusing… aku kaji2 rupanya aku tak boleh makan asam yang terlampau kuat bahan awetnya or benda yang pelik2… kepala aku jadi berpusing ada itu macam gasing ada bikin… huhuhu… mintak2 tak sakit macam tue lagi… amin….

Masa aku nak tentukan minor aku memang waktu tue aku tak tahu apa kecenderungan aku… aku tak tahu aku minat apa… masa tue aku tengok kawan2 aku semua duk ikut geng2 bas sekolah masing2… aku nie bukan jenis gitu… ikut keputusan orang lain… tamabahan pula ini masa depan aku… so aku pun pilih yang mana aku rasakan boleh aku sesuai… aku ambil la penulisan… korang tahu tak sebelum aku buat keputusan untuk ambil minor penulisan, aku dengar ramai sangat cakap minor ni susah pasalnya kena banyak menulis dan mengarang…. Pada mulanya aku agak termakan la dengan kata2 tue.. tapi bila aku mintak petunjuk dari yang maha Esa, hati aku kuat mengatakan minor penulisan adalah yang terbaik buat diri aku( bukan senang buat keputusan… ngehh.. ngeh…)…aku pun meneruskan minor nie… memang banyak menulis dan mengarang… namun lama-kelamaan aku jadi terbiasa( walaupun tak pernah hantar kat mana2 penerbit… kena penyakit M)… bila aku dah lalui satu persatu subjek minor aku, barulah aku tahu cara yang betul untuk menghasilkan sesuatu karya… pertama kena ada minat dan kene pupuk supaya bakat dapat diasah( macam pensel la pulok)..

Pengalaman untuk finishing skool plak agak menakutkan jugak… kitorang dibahagi kepada beberapa kumpulan… semua kos dicampurkan… bermakna kitorang kena bergaul dengan orang yang tak pernah jumpa apataha lagi berbual… aku dah bayangkan macam manelah nak adakan grup diskusi kalo BI aku pun berterabur… kalau kena ngan budak BI dalam grup lagi la… memang jadi mimpi buruk… hari pertama kitorang telah diperkenalkan dengan fasi yang memang garang… dah la sepanjang masa speking London.. nasib baiklah aku paham sikit2… dia banyak terapkan macam kena berani toncolkan diri… fasi tue nak dedahkan kami dengan realiti kehidupan yang perlu dilalui untuk mendapatkan pekerjaan… setiap pengalaman yang diberikan meletakkan aku diluar target atau tiada langsung ciri2 aku sebagai bakal pekerja… memang menggerunkan… dia menceritakan di mana dia sebagai penemuduga untuk syarikat swasta… soalan yang ditanya amat memerlukan daya pemikiran yang begitu tinggi.. ketegasannya kadang2 aku jadi tak enjoy dengan finishing skool tue… macam satu ketakutan… aku tengok budak kos Arab ada yang menangis lagi… alhamdulillah aku dapat selesaikan segala arahan yang diberikan walaupun tak sebaik yang dikehendaki… kena marah pun ada juga… kesimpulannya tak seronok sangat.. malah takut dan tak dapat semangat tapi hanya ketakutan sahaja yang membelenggu… bukan membina keyakinan tapi sebaliknya…

Sem lepas aku ada satu subjek yang dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan… punyalah ramai kelas tue… penuh satu Dewan Za’ba tue… kecut semua orang termasuklah aku… hari berganti hari, minggu berganti bulan… aku menunggu penuh dengan debaran… pada awalnya nama akan dipanggil secara rawak… tapi nasib baik lepas tue nama dipanggil ikut no. matrik… legalah aku sebab no. matrik aku ketiga last… yang ada kat atas aku dekat 80 orang… orang yang prizen plak suka prizen lama2, so lagilah aku lega… sudahnya kitorang tak jadi prizen sebab masa dah tak cukup dan exam akhir pun da makin dekat… lec putuskan kami yang tak prizen lagi kena jawab soalan dan print out slide yang dah kami buat… adalah markah kat situ…. Lec ni sangatlah baik…. Cepat aje paham… nak baca doa dia pun rasa tak terbeban sangat dan kesimpulannya sangat enjoy…
Masa sem lepas juga kami dikehendaki buat tulisan khat… mula2 rasa tak sabar2 nak buat… bila mula aje barulah tahu yang buatnya bukan senang macam yang dibayangkan…mula2 kami kena cari tulisan khat dulu…. Lepas tue barulah leh spray… melihatkan kawan2 lelaki siap buat kait2 lagi buatkan aku jeles btol ( malu beb laki pandai pegang jarum n benang)… huhuhu…. Dah la cantik lak tue… mesti dapat markah lebih…. Kitorang pun buatlah tulisan khat tue dan hasilnya memuaskan jugak la…. Dapat jugak aku n kawan2 hasilkan tulisan khat siap letak dalam frem gambar lagi…tapi banyak jugak la dugaan nak hasilkan satu tue…. Ngeh… ngeh… ngeh….
Pernah tengok MTSR tak? Sepanjang aku duk cni, aku penah tengok 2 kali dah… benda ni macam pementasan teater oleh budak2 sastera… ada satu subjek tue dorang kena buat benda ni… kali pertama aku tengok masa kat panggung percubaan, tajuknya Si Bongkok Tanjung Puteri. Ceritanya agak menarik… heronya ensemla jugak… heheheheh….. masa mula2 nak start teater ni aku tengok macam ada satu tarian ape entah yang kat Thailand tue aku kira… tarian bersama patung besar…. Dilibas2 patung tue… agak menarik… jalan ceritanya amat menyentuh sanubari tatkala puteri yang hamil terbunuh begitu juga si bongkok yang jahat… macam aku dibawa ke zaman tue… lagu2 yang digunakan juga amat sesuai dengan jalan cerita… agak meninggalkan kesan…. MTSR yang kedua aku tengok lak kat Banquet Hall UPM. Tajuknya Tun Kudu…. Aku ingatkan Tun Kudu tue lelaki, rupanya perempuan.( hahaha nampak sangat tak tahu sejarah). Ia mengisahkan Tun Kudu yang sanggup mengorbankan diri demi negeri Melaka…. Ceritanya juga menarik, tapi terlalu banyak nyanyian diselitkan menyebabkan aku rasa boring… memang aku tidak nafikan yang suara penyanyi lelaki mahupun perempuan memang best2, tapi terlalu banayk aku kira… dalam 5 atau 6 sekaligus… aku yang ternanti-nanti jalan cerita tue da agak cuak la… ke eksitedkan( istilah barulah kot huahuahua) aku tue dah bertukar jadi fobia yang teramat sangat setiap kali babak hendak bertukar ke babak lain… takut kena dengar orang menyanyi lagi… heheheheh… nasib baik ada tarian… memang best tengok dorang menyanyi… lemah lembut… aku pun teringin menari kalo diberi peluang…. Heheheh… ending cite ni lagi la sedih… tun kudu nie ialah isteri kepada raja apatah aku pun da lupa… raja ni telah berjanji kepada se2orang yang dia akan memenuhi segala permintaan asalkan tidak menimbulkan apa2 huru hara di Melaka. Dan orang itu hanya berkehendakkan Tun Kudu… tanpa disangka2 Tun Kudu, suaminya iaitu raja itu bersetuju untuk memberikan Tun Kudu kepada orang itu… memang sedih…. Aku dapat rasakan kalo aku di tempat Tun Kudu… ( ish… ish…ish… tak patut…)
Kenangan yang memalukan pulak masa tue aku kat fakulti Bahasa oden dan Komunikasi… entah macam mana aku leh termasuk dalam tandas laki… patutlah aku rasa cam pelik aje tempat tue… ye la kebetulan masa tue lepas maghrib… aku tak ada kawan nak gi solat… aku gi la sorang2 kat surau kat bangunan jabatan komunikasi tue… lepas solat dengan lajunya aku masuk ke tandas tue…. Aku ingatkan aku dah dibawak ke alam hantu… yelah aku dah dengar macam2 pasal kat fakulti tue… heheheh…. Rupanya aku dah salah masuk… huahuahau… nasib baik tak ada orang… kalau tak memang malulah aku… ini lagilah malu pasal aku dah cerita kat korang pasal aku dah tak ade idea nak tulis… saje nak cukupkan 10 page… hahahaha……. Hahahahah….
Apa lagi ek aku punya kenangan kat sinih…. Apa ek… ce ingat2kan aku… apa ek… entah aku pun tengah fikir nie… nak ingat dah ni… tapi ingat2 lupa la pulak…. Jap aku piker lagi jap…. Ha dia nak datang dah nie…. Ha… la…. Lupa pulak…. Jap aku ingat balik semula…. Ha… dah abis pun page nie… masuk page 7 plak aku cite lagi… hahahahah….

Kenangan yang agak membanggakan juga terjadi masa aku sem pertama… masa tue baru aje seminggu dua duk cnih… tiba2 kami dikehendaki menyertai kawad yang akan dipertandingkan…. Jenuh la kami semua berlatih… malam2 pun kena berlatih… kena hafal step… siap ada abang2 askar lagi ajarkan…. Aku riso silap or lupa aje… heheheh.. tibalah hari yang telah ditetapkan… kami pun berkawadlah dengan penuh semangatnya kat stadium UPM ni la…. Tiba aje giliran kami lalu kat depan VIP kami lakukan yang telah diajarkan… pergerakkan nampak sama semuanya… lega dapat selesaikan satu tugas… kemudian kami dikumpulkan ditengah2 padang… kami dikehendaki menari poco2 la plak… aku langsung tak tahu stepnya… pasainya aku pun masih budak baru… aku ikut ajelah apa yang orang lain buat… memang kelakar… siap pijak kaki lagi…tapi aku dapat rasakan jika aku tahu step tue mesti seronok… ada gerak2 disertai lagu… syok habis… heheheheh…. Tibalah saat yang dinantikan, tunggu punya tunggu kami telah diumumkan kawad terbaik… memang best giler dan terasa berbaloi apa yang kami latihkan selama ni…. Kami bersorak kegirangan….

Acara rentas kampus juga aku pernah serati… mula2 tue aku aku mengalami senak perut yang menghalang aku berlari… mula2 aku rasa macam nak renti aje… kawan2 yang lain telah jauh tinggalkan aku… masa tue memang aku yang paling berlakang… aku memang tak larat sangat nak lari… senak perut aku bukan kepalang lagi… aku pun sambil tu mengatur langkah dan strategi…. Aku kuatkan diri dan setkan dalam minda aku yang aku leh habiskan larian nie…. Entah macam mana seolah ada satu kuasa yang serap masuk ke dalam badan aku… tiba2 aku rasa sakit tue da hilang…. Aku punyelah pecut sampai tak ingat dunia…. Rupanya aku tak sedar yang aku dah tinggalkan kawan2 yang tinggalkan aku pada awalnya tadi… dorang semua terkejut, aku pun terkejut jugak… macam mana aku leh tak sedar melintasi kawan2 aku tadi… hahaahah banggalah sekejap…. Heheheheh….tapi aku tetap kalah jugak… adatlah… aku pun bukan kuat sangat berlari… cukupkan syarat aje… heheheheh…. Tapi tempat yang kami lalu tue memang cantik2 tau… aku pun terkejut tak sangka kat Bandar macam nie pun still ada tempat cantik macam tue…. Tambahan pulak masa tue waktu pagi… keadaan kabus pagi tue menambahkan lagi keindahan… ( ni berlari ke apa nie) heheehehehe…..

Pencapaian dari segi akademik pulak taklah bagus sangat…. Setakat nie pun baru satu hadiah aku dapat… itu pun untuk sem 5… tapi kira oklah dari tak dapat langsung… heheheh…. Rasa menyesal pun ada, rasa cam nak ulangkan waktu, nak perbaiki pointer… heheheh…. ( kalo cakap gini, mesti ada orang duk kata, ha baru nak menyesal, awal2 sem taknak sedar awal2) betul tak? Hahahah…

Kat blok kat KPZ yang aku duduk dari sem 1 sampai sekarang ni tiap2 tahun akan adakan majlis untuk raikan budak2 final… setakat nie aku dah merasa 3 kali meraikan akak2 final… aku jadi AJK aje… hehehe… yang seronoknya sebab dapat makan la… apa lagi… tapi yang paling sedih masa ada tayangan video… ala2 cam kenangan sepanjang akak2 final ade kat sinih… sedih wooo…. Aku pun kadang2 tewas jugak( nangis la kunun)…. Dan tak lama lagi mereka pula akan raikan aku… tema kali ni mask and fantasy…. Aku ingat nak pakai baju kelawar n ikat tali pinggang… jadilah nenek sihir…pakailah topi tidor yang aku selalu tengoh pooh pakai tue… hahaha… start mengarut dah nie… apa? Tak paham… hahahah… aku… aku…pun tak paham…. Heheheheh.. aku yang lemahnya bila duk salam2 dan ucapkan selamat tinggal masa last majlis tue… adoi aku tak leh hadapilah semua tue…. Sedih wooo… rasa cam nak lari dari majlis tue pun ada…. Huhuhuhu…

Dah stop pasal sedih2…. Asyik sedih aje…. Hilanglah nikmat idup ye dak??? Hehehehe pandai2 aje aku…. Aku nak cite pasal kucing kat blok la pulak… eh.. apsal kucing pun leh masuk dalam cite aku nie… heran… heran… aku cite nie bukan apa, tapi nie ade cite pelik sikit… entak korang nak pecaya atau tak aku pun tak tahu…. Tapi kalau tak nak baca sudah… kalau tak rasa pelik tak yah baca pun tak pe…. heheheheh…. Macam nie citenya… masa hari pertama daftar masuk sem ni, aku ternampak ada anak kucing kurus kering duk berlegar-legar kat aras aku… selongkar makanan dalam tong sampah yang memang tak ade berisi ape2 pun sebab ramai baru daftar masuk… mengiau saje kucing tue… kesian sungguh aku tengok… tulang2 dia cam boleh dikira…. Aku pun usap2 badan dia dan bagi makan… walaupun badan kucing tue agak kotor… simpati sangat kat kucing tue… aku hampir terlupa yang aku tak leh pegang kucing yang tak mandi setiap hari… kalau aku langgar pantang tue, alamatnya aku akan selsema teruk… memang malam tue aku selsema teruk… terpaksalah makan ubat… sejak itulah kucing tue akan tido kat rak kasut dan setiap kali asal aku bukak aje pintu, kucing tue dengan selamba akan masuk bilik aku… kadang2 aku terkejut… korang dapat bayangkan tak, asal bukak aje pintu, kucing masuk… macam tahu2 aje kita bukak pintu…. Kadang tue kan kalau aku terserempak ngan kucing tue kat top floor ke atau kat grounders ke dia akan ikut… yang kelakar tue sampai tertelen2 tengok aku… macam orang pulak… sampai aku masuk toilet pun siap skodeng… gatal tol kucing tuh… heheheh…. Sekarang ni kucing tue dah gemuk… ensem dah… hahahaha… bulunya cantik warna kuning… aku rasa ada yang mandikan kucing tue pasal tanda itam kat idun kucin tue dah ilang… ( agaknya dorang basuh dalam mesin basuh la kot) hahahah…

Masa terus berlalu dengan pantas….. dan akhirnya aku sedang meniti penghujungnya…. Sekarang aku dalam semester 6… aku kini telah semakin dewasa dan bakal menempuh alam pekerjaan kelak…. Masa berlalu begitu pantas…. Untuk sem last ni kami diwajibkan mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia…. Mendengarkan nama subjek tu pun sudah menggerunkan… aku membayangkan kami semua perlu mengadap komputer dan membuat kerja-kerja yang sukar dan berkemungkinan tidak pernah aku explore selama ini…. Hari pertama aku masuk kelas ini seperti mana jadual yang telah ditetapkan… tak banyak benda yang aku leh katakan…. Mula-mula diberi tugasan, kami agak terkejut dengan masa yang diberikan untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi…. Segalanya perlu dibuat segera mungkin dan sepantas boleh…. Aku pun naik blur kejap… ngeh… ngeh… ngeh…. Tapi dalam blur2 pun kami berjaya juga menyiapkan tugasan dengan sempurna dan dihantar pada masa yang telah ditetapkan….. minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan akhirnya aku semakin faham dan boleh mengikut segala peraturan dan cara kerja Dr. Normaliza… opssss aku terlupa nak cite pasal lec yang mengajar subjek ni… Dr. Normaliza dan Dr. Arbaie yang mengajar kami budak2 bac. Bahasa, dan setengah2 komunikasi… memang masa mula2 rasa cam garang aje lec yang nak ajar subjek ni… tapi bila da merasa, sebenarnya lec2 ni bukan garang, Cuma serius dalam keja dan banyak juga masa diselitkan dengan gurauan dan tidak pula kelihatan serius berpanjangan… pengajarannya menarik dan tugasan yang diberikan sangat mencabar… dan semua kerja dilakukan dengan pantas, bukan apa ini cara untuk mendedahkan diri untuk bertindak dengan pantas dan mempersiapkan diri dengan reality yang perlu dihadapi untuk menempuh alam pekerjaan. Macam kelas pada tarikh 1 april, Dr. Normaliza menyuruh kami melengkapkan teka silang kata dan membuat cam bekas dengan menggunakan sehelai kertas. Cara2nya dipaparkan di skrin dan kami hanya mengikut arahan yang telah tertulis. Memang amat mencabar sehinggakan aku dapat markah kosong… heheheh…. pada malam hari rabu pula, diadakan tutorial yang dikendalikan oleh cik Nurul dan cik Alia…. Kami diajar menggunakan Microsoft frontpage, adobe photoshop, membina laman web dan blog sendiri… semuanya merupakan pengalaman pertama buat aku…. Pada mulanya kami diajar buat slide show guna powerpoint, yang itu agak senang bagi aku kerana telah selalu menggunakannya. Selepas itu kami diajar membuat calendar menggunakan perisian Microsoft frontpage… aku langsung la tak reti… memang kelam kabut masa tue…. salah letak mesti calendar tak menjadi… ilang gambar la apa la… nak tergelak aku… malam2 aku cube2 la buat sendiri dan explore sendiri… kira bolehlah… hehehhee…. Cuma da last minit baru aku tahu cara betul buat kalendar… hehehehe… aku ingatkan bila dah hantar kedai untuk print, taklah ade apa2 masalah lagi, rupanya bila dah dapat kalendar tue, aku tengok bulan November dan September tertukat kedudukan… pekerja kat kedai tue letak bulan November dulu barulah bulan September… apa lagi menggelabahlah aku… dah la kena hantar esokkan tue… dapat kalendar tue pun masa maghrib… piker punya piker aku mintak tolong kat sorang kawan… alhamdulillah dia sudi tolong… trima kasih sahabatku… kalo dia tak tolong, aku tak tahu la nak minta tolong ngan sape lagi… banyak dah jasa dia kat aku nie… hehehehe… trima kasih bebanyok deh… heheheh lepas tue kami dikehendaki buat web site… yang ini pun agak susah juga… tak banyak yang aku leh lakukan… tambahan pula tiada pengalaman sebelum nie… tapi kira jadilah jugak walaupun tak cantik mana… heheheh ( dalam hati aku punye web site ada kelainan la kot, ngeh… ngeh… ngeh…). Dan sekarang ni kitorang sedang buat blog pulak…. Yang ni kira ok la… Cuma masuk apa2 yang aku da taip kat word, so just paste aje…. Layout blakang pulak aku baru belajar tukar… ni la hasilnya… paling banyak kena taip apa lagi kalau bukan post ketika dan kalimat… Hehehe… macam2 aku merapu dalam nih… yang masuk akal ada, yang tak masuk akal pun ada… pendek kata macam2 ade la…. Akhirnya aku berjaya menyiapkan segala tugasan yang diberikan… kepada Dr. Normaliza , Dr. Arbaie dan cik Alia dan cik Nurul ku ucapkan berbanyak trima kasih yang tak terhingga di atas segala tunjuk ajar sepanjang subjek ini berlangsung. Akan ku manfaatkan segala ilmu yang telah dicurahkan. Kini diriku semakin yakin untuk menghadapi alam pekerjaan kelak. Dulu sebelum masuk U, cikgu tingkatan 6 selalu cakap yang sebelah kaki awak dekat U, kini sebelah kaki telah keluar dari U untuk beralih kepada dunia pekerjaan pula… Semoga Allah mempermudahkan hidupku di luar sana… Amin…

Secara kesimpulannya subjek ini amat menarik dan merangsang aku untuk mendalami dengan lebih lanjut dunia teknologi tanpa sempadan ini… ilmu yang dibekalkan amat berguna untuk dimanfaatkan untuk masa hadapan.. sambutlah salam manis dariku ,…..Liza…

0 ulasan: