CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 25, 2009

BiOdATa Dr. SaMsInA Hj AbD. RaHmAn



Samsina Hj Abd. Rahman yang berasal dari Muar Johor telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian ( 1986 ), Sarjana Persuratan ( 1990 ) dan doktor Falsafah ( 1998 ) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Beliau merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Bidang pengajian dan kepakaran beliau ialah Kesusasteraan Melayu khususnya Puisi Melayu dan Kesusasteraan Melayu islam ( Tasawuuf ). Dalam tesis Ph. Dnya, beliau telah menggunakan teori Takmilah dalam menganalisis puisi-puisi Melayu moden di Malaysia dan Indonesia sepanjang dekad 1970 hingga 1990. Sebagai seorang pengkaji dan pencipta sastera khususnya puisi, beliau telah menghasilkan esei-esei kritikan sastera dan sajak yang terbit dalam majalah Dewan Sastera, Malay Literature Journal, PERISA , Al-Islam dan Monograf. Bahasa sastera dan Budaya Melayu ( UPM ). Manakala kumpulan puisi yang telah dihasilkannya berjudul Pelayaran ( 1985 ), dan Anggur Kehidupan ( 2002). Beliau telah memenangi beberapa Hadiah Sastera dan Sayembara Penulisan Esei ; Kritikan Sastera. Antaranya Hadiah Darul Ta’zim tahun 2001, 2003 dan 2005 untuk kategori Esei Kritikan Sastera dan Kumpulan Puisi , serta Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2001/2002 untuk kategori Esei Kritikan Sastera. Samsina juga sering membentangkan kertas kerja dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta UPM seperti menjadi hakim untuk pertandingan puisi dan panel Hadiah Sastera Berunsur Islam.

0 ulasan: